Oleh Shaharir Mohamad Zain
Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu
OnlineNEWS - Istilah Melayu dalam konteks perkembangannya perlu diperjelas mengingat asal-usul orang Melayu di Asia Tenggara sudah terpecah-belah akibat invansi penjajah yang datang silih berganti ke tanah Melayu. Penjajah yang dimaksudkan adalah Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Amerika Serikat, Perancis dari barat, Asia Tenggara dan dari Asia adalah Thailand dan mungkin juga Viet (yang membentuk negara barunya Vietnam). Sudah menjadi kesepakatan pakar sejarah bahwa orang Melayu adalah bangsa pribumi yang mendiami sebagian besar kawasan Asia Tenggara yang dirujuk hampir semua penulis sebagai Gugusan Kepulauan Melayu.
Penjelasan pertama tentang geografi dan aspek keberagaman Kepulauan Melayu telah dilakukan Wallace (1863) dan dengan lebih komprehensif lagi dalam bukunya The Malay Archipelago. Buku itu telah dicetak ulang dengan terbitan yang terbaru diterbitkan oleh Oxford University Press (1986). Wallace mengatakan bahwa Gugusan Kepulauan Melayu sebagai “rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan”.
Kawasan yang luas itu dibaginya menjadi lima kumpulan: Kepulauan Indonesia-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua. Orang Barat sejak abad ke-18 sentiasa merujuk kawasan ini sebagai Gugusan Kepulauan India atau Hindia Timur (nama organisasi yang berpusat di India). Kedua nama itu tidak disukai Wallace yang berpendapat bahwa lebih baik dinamakan sebagai Gugusan Kepulauan Indonesia-Australia. Ternyata nama Gugusan Kepulauan Melayulah yang lebih sesuai dan dapat diterima umum sebagaimana yang tercantum dalam nama makalah dan buku Wallace sendiri, kerena berdasarkan streotipe bangsa di kawasan ini yang diklasifikasikan sebagai orang Melayu oleh orang Barat sendiri, sejak Marco Polo menceritakan pelayarannya melalui kawasan ini pada abad ke-13. Tanah Melayu yang berdasarkan bahasa adalah lebih luas kerana mencakup ASEAN, Madagaskar, Taiwan, malah New Zealand dan pepulau Easter.
Sejarah Melayu sebagai satu bangsa (ras yang dicirikan dengan sifat fisiknya) yang sudah lama mendiami kawasan ini dan sebagai suatu etnik (dicirikan oleh kebudayaan) memang kontroversi, sama seperti sejarah bangsa atau etnik yang lain kerena akhirnya semua bangsa adalah serumpun dari Nabi Adam atau daripada 85 pasang orang dalam kapal Nabi Nuh itu. Tetapi, Allah sendiri menegaskan bahawa Dia menjadikan umat manusia berbagai-bagai bangsa dan etnik untuk kenal-mengenal antara satu dengan yang lain (al-Quran, Surah alHujarat 49:131), dan pembangunan sesuatu bangsa dan etnik itu mestilah dilakukan dalam acuan bangsa dan etnik itu (al-Quran, Surah Ibrahim: 4, dan Surah Ali ‘Imran: 161).
Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenali tamadun Melayu dahulu kala dan daripada kekuatan itu dapat dibina tamadun Melayu kontemporer. Tetapi, bangsa dan etnik Melayu kini sudah tidak bitara lagi, selain mudah mengundang kontroversi, berbanding dengan bangsa atau etnik lain, kerana perubahan sejarah, geografi, politik negara-bangsa selepas penjajahan. Sejak dijajah, minda orang Melayu beransur-ansur berubah sehingga konsep bangsa Melayu itu sendiri pun turut berubah, terutamanya akibat kebangkitan negara-negara baru di Gugusan Kepulauan Melayu, hasil pembebasan daripada penjajahan yang berlainan masa seperti Malaya, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Madagaskar, Taiwan dan lain-lain.
Akibatnya, istilah Melayu di Malaysia sudah berubah semantiknya. Ini juga adalah akibat perlembagaan dan amalan politik Malaya/Persekutuan Tanah Melayu sejak 1957 dan Indonesia sejak 1945, serta rantau-rantau lain Melayu yang masih berada di bawah jajahan Inggeris sehingga 1963 seperti Singapura (yang menjadi negara-bangsa yang tersendiri pada 1965), Sabah dan Sarawak (sehingga menganggotai Malaysia pada 1963), dan Brunei terus bersendirian mengukir sejarah negara-bangsanya sehingga kini.
Penubuhan negara-bangsa baru yang lain di alam Melayu, seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Madagaskar dan Taiwan, malah Sri Lanka sudah meninggalkan langsung kewujudan pribuminya, Melayu. Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM), Melayu ditakrifkan sebagai orang di PTM yang mengamalkan kebudayaan Melayu dan beragama Islam. Takrif ini bukan sahaja kabur, tetapi juga menyempitkan makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu di PTM, tetapi juga orang Melayu serumpun di luar PTM.
Orang yang serumpun dengan orang Melayu di PTM dan berada di PTM, tetapi bukan Islam dengan serta-merta menjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera diperkenalkan bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli. Perlembagaan ini diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bercantum dengan PTM menjadi Malaysia pada 1963, dengan mengusutkan lagi makna Melayu.
(Red Shaharir Mohamad Zain, Ph.D).
Untuk mendapatkan Artikel lengkapnya silahkan download disini
0 komentar:
Posting Komentar